playwood

Member since October 10, 2008

follow this user
  • 8 videos
  • 0 following
  • 0 follower

Recent Activity

Sahabat
Mereka, kau, saya dan juga dia suka kepada kegembiraan dan suasana ceria. Tiada siapa pun gemar kepada kesedihan. Tapi tahukah anda, ketika kesedihan itulah anda akan kenal siapa dia sahabat baik dan siapa dia kawan.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia [...]
keseorangan = kesepian
Adakah kesepian sama maksud dengan keseorangan? hmm..
Atau keseorangan adalah punca kepada kesepian itu?
Ataupun…
Kesepianlah menjadi penyebab orang itu keseorangan?
Daku punya teman yang kesepian dan keseorangan yang perlukan semangat untuk ‘hidup’ semula..
Aku tiada idea untuk mengembirakannya semula melainkan dengan bagi lagu Siti Nurhaliza, Ops sekarang ‘Datuk’.. Moga² rakanku ini bahagia dan ceria semula..
Mana yang ada idea, minta [...]
CINTA: Antara dongeng dan realiti~
Kelmarin, dalam melihat profil Friendster seorang rakan semasa diploma dulu [Lan kongkang], saya terpandang tiga video klip menarik. Sebuah lagu berbahasa Mandarin. Terdetik untuk mendengarnya sebab disertakan senikatanya dalam Mandarin [roman]. Saya pernah menuntut ilmu bahasa Mandarin ini, tapi sebab jarang dipraktikkan, saya semakin 'kehakisan' ilmu ini [inilah akibat tidak menghargai ilmu]. Saya akan berusaha untuk menghargai ilmu ini, dan kelemahan ini perlu diatasi!. [...]
Mencari tenang
Agak menjengkelkan aku rasakan apabila anda telah singgah ke sini tetapi tiada apa² yang dapat aku berikan untuk menceriakan hari² anda. Mungkin kehidupan anda sungguh bosan ketika ini [ingat, jangan sesekali mengeluh!]. Aku juga tak menafikan, aku juga berperasaan sama. Namun, aku kini ’sedang mencari tenang di hati’ demi menyusun semula hari² aku yang mendatang. [...]
Dua hati menjadi satu~
Hari ini aku berpeluang lagi makan nasi minyak rakan sekolahku yang melagsungkan perkahwinan mereka. Sebelum ini pun, ada juga rakan sekolahku yang telah 'membina masjid' bersama pasangannya. Tahun ini saja sudah dua kali. Baki 2008 masih ada lagi, mungkin aku berpeluang lagi selepas ini.

Bahagia sungguh aku melihat reaksi di wajah mereka. Tersenyum indah ibarat bunga mawar kembang di pagi hari. Saling menguntum senyum, dan melirik mata sesama mereka. Gembira melihat situasi itu. Perasaan mereka agak suka